Untitled Document Untitled Document
  Laman Utama Kenali Kambing Pemakanan Kesihatan Perkhidmatan Galeri Hubungi
IKLAN:
 
KENALI KAMBING
 
KAMBING BOER

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 6.6 kg Jantan 110 – 135 kg
Betina 4.8 kg Betina 110 - 100 kg
  • Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’. 
  • Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India,Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah.
  • Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda.
  • Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing.
  • Pada 1959 , pembiakkan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa). Beranak3 kali dalammasa2 tahun dan cepat matang-biasanya 6 bulan
katjang

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 1.6 kg Jantan 20 - 25 kg
Betina 1.8 kg Betina 25 - 30 kg
KAMBING KACANG (KATJANG)
  • Asal dari Malaysia dan Indonesia.
  • Badan yang kecil dan pendek
  • tanduk melentur ke atas dan ke belakang. 
  • Telinga tegak ke sisi, janggut pada jantan dan jarang pada betina. 
  • Dari sisi, muka kelihatan lurus dan tirus.
  • Leher pendek dan bahagian belakang  lebih tinggi dari bahu  purata ketinggiannya ialah 50-60 cm
  • Kulit badan nipis, bulu yang kasar. Warna  hitam, coklat kadangkala terdapat tompok-tompok putih di kaki atau badan.
  • Kelahiran kembar .
  • Pengeluaran susu 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4 - 6 bulan.
KAMBING JAMNAPARI
boer

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3 - 4 kg Jantan 68 - 91 kg
Betina 3 - 4 kg Betina 36 - 63 kg
  • Badan lebih besar dan tinggi dari kambing kacang
  • tanduk yang melentur ke atas dan ke belakang,
  • bulunya agak lebat di bahagian punggung dan daerah leher. Bulunya agak kusut dan bewarna campuran hitam dan kekuningan.
 

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.0 kg Jantan 68 - 91 kg
Betina 3.3 kg Betina 36 - 63 kg
KAMBING SAANEN
  • Berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.
    Bulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titik
    hitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu. 
  • Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
  • Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
  • Ekornya tipis dan pendek.
  • Tanduk pada kedua jantina
  • Kekacang di leher
  • Hasil Susu-500kg-1,200 kg dalam tempoh 250 hari
KAMBING ANGLO-NUBIAN

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.5 kg Jantan 70 - 85 kg
Betina 3.9 kg Betina 55 - 70 kg
  • Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
  • Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
  • Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah. 
  • Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm. 
  • Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek. 
  • Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut.

Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 2 - 2.5 kg
Jantan 18 - 25 kg
Betina 2 - 2.5 kg
Betina 15 - 20 kg
KAMBING KACUKAN
  • Hasil dari kacukan kambing Kacang dan baka-baka luar negara seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.
  • Kebanyakan kambing yang dilihat di kampung-kampung adalah kambing kacukan, cuma 40% dari jumlah kambing di negara ini ialah kambing kacang.
  • Rupa bentuk mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. 
  • Berat badan 18 - 25 kg. dalam lingkungan umur setahun. 
  • Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang.

 
Untitled Document